KELEBIHAN BERWUDUK



Antara kelebihan-kelebihan wuduk


1 – Sebahagian Daripada Iman

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Ash’ari r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman...” (H/R. Muslim, no. 223) 

2 – Wuduk Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R. Muslim, 1/148) “Barang siapa yang berwuduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”. (H/R. Muslim, 3/113) “Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)


3 – Wuduk Mengangkat Darjat Manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda s.a.w pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)

4 – Wuduk Dapat Membuka Pintu Ke Syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibuka untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.” (H/R. Muslim, no: 234),

5 – Wuduk Memberi Cahaya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” (H/R. Muslim, no: 250)

6 – Wuduk Dapat Membuka Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah s.a.w memberitahu cara untuk merungkaikan ikatan tersebut, dalam sabda Baginda s.a.w: “…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwuduk pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wuduk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”. (H/R. al-Bukhari, no: 1091)

Sumber daripada:
http://masjidkampungpauhterachi.blogspot.com/2012/01/kuliah-ustaz-arshad-kelebihan-kelebihan.html?showComment=1353119801718#c808475850856305875




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk. Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

Pernah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini? Kenapa tidak? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga dan seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu di mana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima rangsangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usap, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wuduk (rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima rangsangan pada anggota wuduk!


Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsi:

Dari ilmu ahli akupunktur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istimewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik rangsangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiap anggota mempunyai titik penerima rangsangan.

Rujukan daripada:
http://zharifalimin.blogspot.com/2010/10/kelebihan-mengambil-wudhu-atau-air.html



Berwuduklah sebelum kita diwudukkan!

No comments:

Post a Comment