CETUSAN NURANI




16/11/12

Tugasan 3 KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah menghendaki pelajar membina blog Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat yang perlu dipatuhi adalah:
1. Menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.

2. Pilih mata pelajaran utama. Maknanya Pendidikan Islam.

3. Meletakkan nama, foto, nombor matrik dan tajuk blog di muka hadapan blog.

4. Sentiasa mengemaskini blog sebelum tarikh akhir iaitu 14 Disember 2012. Jadi, aktifkan blog!

5. Blog perlu mengandungi:
    5.1 Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas.
    5.2 Gambar
    5.3 Audio
    5.4 Video

6. Melibatkan pelajar, ibu bapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.

7. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Pastikan tugasan blog dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.

Markah penuh 30. Penilaian berdasarkan:
                              a) Isi kandungan blog serta kualiti pencapaian = 15%
                              b) Senireka blog dan kreativiti = 10%
                              c) Pandangan dan komen daripada pelawat blog =5%

Kesimpulannya, saya perlu membina blog yang memenuhi kandungan yang dikehendaki, memasukkan unsur "seni" dan kreativiti serta meminta pelawat blog memberi komen!

Jadi, langkah yang telah saya mulakan Isnin lalu akan diteruskan... Syukur dan berterima kasih kerana sifu Kelana sudi membantu membina "batang tubuh" blog ini selepas sesi LADAP di sekolah. Saya perlu menambahbaik blog ini mengikut kehendak tugasan. Alhamdulillah, sifu dan rakan-rakan memberi pandangan dan tunjuk ajar cara-cara "mengisi" blog ini. Oleh kerana saya tak tahu, yang penting sekarang saya mesti bertanya sesiapa yang tahu selagi masa masih ada. InsyaAllah, saya akan usahakan.

Ya Allah, Kau mudahkanlah urusanku. Amin.


1/12/12

Selesai assignment dan hit forum, dapat menambah isi blog ini lagi. Seronok bila dapat muat gambar sendiri. Muhammad Asyraf jadi model ketika amali PAFA pada 28 Nov 2012...Cari punya cari jumpa koleksi gambar yang disimpan sejak 2007. Gambar-gambar tersebut menjadi penyeri blog sebab tidak tahu mendapatkan gambar dari internet.

2/12/12

Perkara yang menggembirakan apabila sudah pandai muat naik video dalam blog. Sebelum itu, rasa sedih kerana tidak berjaya muat turun video, apatah lagi memuat naik. Terima kasih suamiku dan sifu Kelana. Sepetang ku'mengerjakannya'. Lewat petang ustaz Latif memaklumkan cara mendapatkan lafaz niat dan doa wuduk daripada images Google. Syukur Alhamdulillah, usaha berhasil. Audio, pautan dan komen bakal menyusul..

3/12/12

Petang ini adik iparku membantu menambah pautan. Terima kasih Dina.



1 comment:

  1. Tahniah Ina. Usaha kerasmu akhirnya membuahkan hasil.

    ReplyDelete