Friday 30 November 2012

Wuduk

ERTI WUDUK


Wuduk ialah membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air mutlak.




SINONIM?

Wuduk = Mengambil air sembahyang = Mengangkat hadas kecil


TUJUAN BERWUDUK

Wajib berwuduk supaya dapat melakukan perkara-perkara berikut:


Solat
Tawaf
Menyentuh dan membawa Al-Quran


SYARAT SAH WUDUK


1. Islam.

2. Mumayyiz.
  







3. Menggunakan air mutlak.

4. Suci daripada hadas.

5. Tiada sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit.


plastik
gincu bibir


getah
sisik ikan
pewarna kuku
    



















6. Dapat membezakan antara rukun dan sunat wuduk.
    Sila rujuk halaman 'Cara Berwuduk'



Friday 16 November 2012

Hadis Keutamaan Berwuduk

Riwayat Syaikhan melalui Abu Hurairah r.a


Sesungguhnya umatku kelak di hari kiamat dipanggil (menghadap) dalam keadaan wajah yang bercahaya kerana bekas air wuduk mereka. Barang siapa di antara kalian yang ingin memanjangkan cahayanya maka lakukanlah 
(berwuduk).


Penjelasan:
Hadis ini menerangkan tentang keutamaan berwuduk sehingga disebutkan pada hari kiamat kelak, bekas air wuduk  akan menjadi tanda bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Daripada bekas air wuduk mereka memancar cahaya. Oleh kerana itu dianjurkan jika seseorang ingin agar cahaya yang terpancar daripadanya kelak lebih panjang, maka hendaklah ia menyempurnakan wuduknya dengan sebaik-baiknya.




Monday 12 November 2012

Rukun Wuduk

1. Niat.
2. Membasuh muka.

3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku.

4. Menyapu sebahagian kepala.

5. Membasuh kaki hingga ke buku lali.

6. Tertib - mengikut susunan di atas.

Selamat Berkunjung ke Laman Saya


Assalamulaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera buat semua;
Selamat datang ke laman saya,
Berkongsi ilmu kita bersama.