CARA BERWUDUK



Bagaimana nak berwuduk ni ya?


CARA BERWUDUK (RUKUN DAN SUNAT)

  1. Membaca basmalah
  2. Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan
  3. Berkumur-kumur
  4. Memasukkan air ke hidung
  5. Berniat
         Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka, hendaklah dibaca semasa 
         mula hendak membasuh muka. Niat wuduk adalah


Maksudnya:Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.

        
  6. Membasuh muka
      Had atau batasan muka yang wajib dibasuh dengan air adalah dari 
       tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai 
       kedua tulang dagu sebelah bawah dan seterusnya adalah dari 
       anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri. Lakukan sebanyak 3 kali 
       secara berturut - turut.

  7. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
        Dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dengan 
        tangan kanan dan diikuti dengan tangan kiri. Lakukan sebanyak 3 kali 
        secara berturut - turut. 

 8. Menyapu sedikit air di kepala
     Meratakan dan menyapu dengan air sekurang - kurangnya tiga helai rambut 
      dan sebaiknya ialah menyapu seluruh kepala. Lakukan sebanyak 3 kali 
      secara berturut - turut. 


  9. Membasuh telinga
10. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
        Mengalirkan serta meratakan air kepada kedua belah kaki serta 
        dicelah - celah kaki tumit hingga ke buku lali. Mulakan dengan kaki kanan 
        dan diikuti dengan kaki kiri. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut. 

11. Tertib
12. Doa 





LIHATLAH CARA BERWUDUK


cara berwuduk ( model lelaki)







Adakah berbeza cara berwuduk orang lelaki dengan perempuan? Jawabnya tidak. Ustazah contohkan supaya murid perempuan seronok belajar ya.

cara berwuduk ( model perempuan)




1 comment:

  1. Bahagian ini lebih lengkap dengan paparan video. Semoga memberi lebih informasi buat semua.

    ReplyDelete