AKTIVITI MURID

Aktiviti 1
Mari menghafaz doa wuduk



Latih tubi sehingga hafal dan amalkan ya!


Aktiviti 2
Mari bernasyid mengikut video


 'Marilah Berwuduk'


Aktiviti 3
Cuba bernasyid berpandukan lirik.

Sebelum kita bersolat,
Wajib wuduk didulukan;
Carilah air yang mutlak,
Suci lagi menyucikan.

Wuduklah berwuduklah,
Sebelum kita sembahyang;
Wuduklah berwuduklah,
Sebelum kita sembahyang.

Lepas niat basuhlah muka,
Tangan siku jangan dilupa;
Dua kaki juga kepala,
                                 Tiga kali tiap anggota.

Tertib kita mengerjakannya,
Syariat yang diturun Allah;
Baru wuduk jadi sempurna,
Baru wuduk jadi sempurna.

Patuh rukun, syarat dan sunat,
Jangan lalai ataupun leka;
Sembahyang pun menjadi berkat,
Diterima Allah Yang Esa.

Wuduklah berwuduklah,
Sebelum kita sembahyang;
Wuduklah berwuduklah,
Sebelum kita sembahyang.

Suci lahir suci batinmu,
Bila wuduk sempurna sudah;
Lurus jalan mengadap Dia,
Ya Rabbi Tuhan Yang Esa.

                Berdoalah kepadaNya,
           Mohon limpah perkenannya
                  Di akhirat, di dunia,
              Jadi hamba yang soleh.


Cuba jawab soalan berikut berpandukan lirik di atas.

1. Apa yang wajib kita lakukan sebelum menunaikan solat?

2. Air apa yang kita gunakan untuk berwuduk?
3. Sebutkan anggota wuduk?
4. Bagaimana wuduk yang sempurna?
5. Bagaimana sembahyang menjadi berkat?


Aktiviti 4
Bagaimana cara berwuduk dengan sebotol air mineral?
Lihat dan praktikkan.







No comments:

Post a Comment