PERKARA MEMBATALKAN WUDUK



Batal? Batal bermaksud tidak sah atau tidak berlaku lagi. Dalam perkara ini bermakna sudah tidak berwuduk atau tidak suci lagi untuk melakukan solat, memegang dan membawa al-Quran dan tawaf.

Jadi, terbatal wuduk apabila:

1. Keluar sesuatu benda sama ada daripada qubul atau dubur.
    - kentut, buang air kecil dan besar, haid, mani, nifas dan wiladah

      
     
2. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik.
    - Siapa mahrammu?
    

Mahram ialah individu yang haram dinikahi selama-lamanya
dan tidak batal wuduk jika bersentuhan dengan mereka.


Sebab
kekeluargaan

1. Ibu/ ayah
2. Nenek/ datuk sebelah ibu
3. Nenek/ datuk sebelah ibu
4. Anak
5. Cucu
6. Saudara (adik-beradik)
    sama ada seibu sebapa 
    atau sebapa/ seibu 
    sahaja.
7. Anak saudara 
    (sekandung/ seibu/ 
    seayah)
8. Mak cik/ pak cik 
    daripada pihak ibu
9. Mak cik/ pak cik 
    daripada pihak ayah

Sebab
perkahwinan

1. Isteri ayah/ suami ibu
2. Isteri/ suami anak
3. Isteri/ suami cucu
4. Ibu/ ayah isteri (mentua)
5. Anak isteri/ suami
    (anak tiri)

Sebab
penyusuan

1. Ibu susuan
2. Saudara susuan
3. Anak saudara susuan
4. Pak cik/ mak cik 
    susuan (saudara 
    susuan ayah/ ibu kita)
5. Anak susuan isteri 
    (orang yang pernah 
    menyusu dengan 
    isteri kita)
    

3. Tidur yang tidak tetap punggung.


4. Hilang akal sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.

5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan.


PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERWUDUK

Apa maksud makruh?

Makruh bermaksud perkara yang dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Tentu mahu pahala bukan?

Oleh itu, elakkan daripada:

1. Bercakap-cakap
2. Mendahulukan yang kiri
3. Berlebihan menggunakan air
4. Mengelap air wuduk pada anggota wuduk
5. Membasuh anggota melebihi tiga kali






13 comments:

  1. blog menarik..byk faedah untuk semua.Good luck...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau selepas berwudhuk, kita membasuh ikan, ayam (darah dr ikan, ayam), membasuh pinggan (sbb kdg2 ada mknn yg basi) adakah terbatal wudhu kita?

    ReplyDelete
  4. Salam..kalau ank saudara (ank kakak sy) adakah batal wuduk?

    ReplyDelete
  5. Isteri sy penah bg susunya pada anak adiknya.jika anak pompuan sy amik wuduk berseduh anak adiknya lelaki adalah batal atau tidak wuduknya.mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  6. Macamana seorang nenek menyentuh cucu yang belum akhir baligh..cucu lelaki umur bawah 12 tahun..adakah membatalkan wuduk?

    ReplyDelete
  7. Anak lelaki sentuh ibu nya batal x air wudhu

    ReplyDelete
  8. Batal tak wudhu kalau bersentuhan Ibu, kakak dan Makcik kita?

    ReplyDelete
  9. Adakah batal wudhuk anak saudara sebelah suami/isteri bersentuhan dengan saya / suami saya

    ReplyDelete