Bagaimana nak berwuduk ni ya? |
CARA BERWUDUK (RUKUN DAN SUNAT)
1. Membaca basmalah
2. Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke hidung
5. Berniat
Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka, hendaklah dibaca semasa
mula hendak membasuh muka. Niat wuduk adalah:
Maksudnya:Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.
Had atau batasan muka yang wajib dibasuh dengan air adalah dari
tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai
kedua tulang dagu sebelah bawah dan seterusnya adalah dari
anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri. Lakukan sebanyak 3 kali
secara berturut - turut.
7. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
Dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dengan
tangan kanan dan diikuti dengan tangan kiri. Lakukan sebanyak 3 kali
secara berturut - turut.
8. Menyapu sedikit air di kepala
Meratakan dan menyapu dengan air sekurang - kurangnya tiga helai rambut
dan sebaiknya ialah menyapu seluruh kepala. Lakukan sebanyak 3 kali
secara berturut - turut.
9. Membasuh telinga
10. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
Mengalirkan serta meratakan air kepada kedua belah kaki serta
dicelah - celah kaki tumit hingga ke buku lali. Mulakan dengan kaki kanan
dan diikuti dengan kaki kiri. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
11. Tertib
12. Doa
LIHATLAH CARA BERWUDUK
cara berwuduk ( model lelaki)
Adakah berbeza cara berwuduk orang lelaki dengan perempuan? Jawabnya tidak. Ustazah contohkan supaya murid perempuan seronok belajar ya.
cara berwuduk ( model perempuan)
Bahagian ini lebih lengkap dengan paparan video. Semoga memberi lebih informasi buat semua.
ReplyDelete