Riwayat Syaikhan melalui Abu Hurairah r.a
Sesungguhnya umatku kelak di hari kiamat dipanggil (menghadap) dalam keadaan wajah yang bercahaya kerana bekas air wuduk mereka. Barang siapa di antara kalian yang ingin memanjangkan cahayanya maka lakukanlah
(berwuduk).
Penjelasan:
Hadis ini menerangkan tentang keutamaan berwuduk sehingga disebutkan pada hari kiamat kelak, bekas air wuduk akan menjadi tanda bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Daripada bekas air wuduk mereka memancar cahaya. Oleh kerana itu dianjurkan jika seseorang ingin agar cahaya yang terpancar daripadanya kelak lebih panjang, maka hendaklah ia menyempurnakan wuduknya dengan sebaik-baiknya.