Batal? Batal bermaksud tidak sah atau tidak berlaku lagi. Dalam perkara ini bermakna sudah tidak berwuduk atau tidak suci lagi untuk melakukan solat, memegang dan membawa al-Quran dan tawaf.
Jadi, terbatal wuduk apabila:
1. Keluar sesuatu benda sama ada daripada qubul atau dubur.
- kentut, buang air kecil dan besar, haid, mani, nifas dan wiladah
2. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik.
- Siapa mahrammu?
Mahram ialah individu yang haram dinikahi
selama-lamanya
dan tidak batal wuduk jika
bersentuhan dengan mereka.
|
||
Sebab
kekeluargaan
1. Ibu/ ayah
2. Nenek/ datuk sebelah ibu
3. Nenek/ datuk sebelah ibu
4. Anak
5. Cucu
6. Saudara (adik-beradik)
sama ada seibu
sebapa
atau sebapa/ seibu sahaja.
7. Anak saudara
(sekandung/ seibu/ seayah)
8. Mak cik/ pak cik
daripada pihak ibu
9. Mak cik/ pak cik
daripada pihak ayah |
Sebab
perkahwinan
1. Isteri ayah/ suami ibu
2. Isteri/ suami anak
3. Isteri/ suami cucu
4. Ibu/ ayah isteri (mentua)
5. Anak isteri/ suami
(anak tiri)
|
Sebab
penyusuan
1. Ibu susuan
2. Saudara susuan
3. Anak saudara susuan
4. Pak cik/ mak cik
susuan (saudara susuan ayah/ ibu kita)
5. Anak susuan isteri
(orang yang pernah menyusu dengan isteri kita) |
3. Tidur yang tidak tetap punggung.
4. Hilang akal sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.
5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan.
PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERWUDUK
Apa maksud makruh?
Makruh bermaksud perkara yang dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala. Tentu mahu pahala bukan?
Oleh itu, elakkan daripada:
1. Bercakap-cakap
2. Mendahulukan yang kiri
3. Berlebihan menggunakan air
4. Mengelap air wuduk pada anggota wuduk
5. Membasuh anggota melebihi tiga kali
blog menarik..byk faedah untuk semua.Good luck...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau ank sedare batal ke tak
ReplyDeleteTak
DeleteKalau selepas berwudhuk, kita membasuh ikan, ayam (darah dr ikan, ayam), membasuh pinggan (sbb kdg2 ada mknn yg basi) adakah terbatal wudhu kita?
ReplyDeleteSalam..kalau ank saudara (ank kakak sy) adakah batal wuduk?
ReplyDeleteX batal
DeleteIsteri sy penah bg susunya pada anak adiknya.jika anak pompuan sy amik wuduk berseduh anak adiknya lelaki adalah batal atau tidak wuduknya.mohon pencerahan.
ReplyDeleteMacamana seorang nenek menyentuh cucu yang belum akhir baligh..cucu lelaki umur bawah 12 tahun..adakah membatalkan wuduk?
ReplyDeleteAnak lelaki sentuh ibu nya batal x air wudhu
ReplyDeleteBatal tak wudhu kalau bersentuhan Ibu, kakak dan Makcik kita?
ReplyDeleteOkay
ReplyDeleteAdakah batal wudhuk anak saudara sebelah suami/isteri bersentuhan dengan saya / suami saya
ReplyDelete